Hello semua,
Terima kasih kerana telah berada di laman ini walaupun sekadar kebetulan.
Apapun, minta maaf. Blog ini masih dalam pembikinan.
Jangan lupa, datang lagi yerrr...
Sunday, April 29, 2012
Sistem Pentaksiran Baharu STPM
[Bermula 1 Jun 2012]
|
PENGENALAN Selaras dengan Program Transformasi Pendidikan, mulai tahun 2012, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melaksanakan sistem pentaksiran baharu STPM bagi memperkasakan program pendidikan di tingkatan enam. Sistem pentaksiran baharu ini adalah cetusan idea oleh mantan Ketua Eksekutif MPM, Tuan Haji Omar bin Abu Bakar (2005-2011). SISTEM PEPERIKSAAN STPM SEDIA ADA Peperiksaan STPM yang sedia ada dikendalikan berdasarkan kepada tempoh pengajian tingkatan enam selama 1½ tahun. Tempoh pengajian ini terdiri daripada tingkatan enam bawah yang meliputi penggal kedua tempoh persekolahan, dan tingkatan enam atas yang meliputi penggal pertama dan penggal kedua tempoh persekolahan. Peperiksaan bagi pengajian tingkatan enam adalah untuk mengukur dan menilai pencapaian pelajar yang dilaksanakan keseluruhannya melalui peperiksaan STPM pada penghujung pengajian, iaitu pada bulan November hingga Disember. PEPERIKSAAN STPM TAHUN 2012 Pada tahun 2012, sistem peperiksaan STPM akan dijalankan dalam dua mod. Mod pertama ialah bagi pelajar yang sedang mengikuti tingkatan enam atas pada tahun 2012. Pelajar ini merupakan kohort terakhir sistem peperiksaan STPM sedia ada yang akan menduduki peperiksaan pada bulan November hingga Disember pada tahun 2012. Mod kedua ialah bagi pelajar tingkatan enam bawah pada tahun 2012. Pelajar ini merupakan kohort pertama sistem pentaksiran baharu STPM yang akan menduduki peperiksaan penggal 1 persekolahan tingkatan enam pada November 2012. PUNCA KUASA Pada 4 Januari 2012, Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) telah bersetuju meluluskan pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM bagi menggantikan sistem peperiksaan STPM sedia ada untuk sesi pengambilan tahun 2012/2013. Keputusan ini merupakan punca kuasa untuk MPM melaksanakan sistem pentaksiran baharu STPM bermula sesi persekolahan 2012 bagi tingkatan enam bawah. SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM Dalam sistem pentaksiran baharu STPM, tempoh pengajian tingkatan enam adalah sama dengan tempoh persekolahan mengikut kalendar persekolahan yang dilaksanakan pada masa ini. |
Peruntukan waktu pengajaran juga adalah sama seperti jadual waktu persekolahan yang sedia ada bagi tingkatan enam, iaitu lapan (8) waktu seminggu bagi setiap mata pelajaran (1 waktu pengajaran = 40 minit). Oleh itu, sistem pentaksiran baharu STPM ini tidak mengganggu dan tidak mengubah sistem persekolahan sedia ada. Dari segi penawaran bilangan mata pelajaran juga tidak berubah, iaitu masih 23 mata pelajaran yang ditawarkan seperti yang berikut: Kod Mata Pelajaran 900 Pengajian Am 946 Pengajian Perniagaan 910 Bahasa Melayu 948 Perakaunan 911 Bahasa Cina 950 Mathematics (M)912 Bahasa Tamil 954 Mathematics (T) 913 Bahasa Arab 956 Further Mathematics 920 Literature in English 958 Information and Communications Technology 922 Kesusasteraan Melayu Komunikatif 960 Physics 930 Syariah 962 Chemistry 931 Usuluddin 964 Biology 940 Sejarah 966 Sains Sukan 942 Geografi 970 Seni Visual 944 Ekonomi |
Kandungan pengajiannya dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal, iaitu Penggal 1, Penggal 2, dan Penggal 3 dalam tempoh pengajian selama 1½ tahun. Pentaksiran pencapaian pelajar akan dijalankan pada setiap penggal dan keputusan peperiksaan juga akan dikeluarkan pada setiap penggal, manakala keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah berdasarkan gabungan keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal. Aspek kemahiran insaniah ( soft skills) diterapkan dalam kurikulum sistem ini, yang antaranya meliputi kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kepemimpinan, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengurusan maklumat, etika, dan lain-lain. Dalam aspek pentaksiran pula, dua kaedah pentaksiran akan dijalankan, iaitu PBS dengan wajaran 20% hingga 40%, dan peperiksaan akhir berpusat dengan wajaran 60% hingga 80%. (Peratusan wajaran berbeza mengikut mata pelajaran). PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PBS merupakan kerja kursus yang terdiri daripada kerja projek, kajian luar, dan kerja amali yang diperkenalkan kepada 19 mata pelajaran. Soalan/tugasan kerja kursus akan disediakan oleh MPM. Kerja kursus akan dilaksanakan sama ada pada setiap penggal atau pada penggal tertentu sahaja mengikut keperluan mata pelajaran. Pemeriksaan PBS akan dibuat oleh guru mata pelajaran sendiri bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala pemantauan dan penyelarasan PBS akan dikendalikan oleh MPM sama ada di peringkat zon atau peringkat pusat. Bagi sekolah swasta, sekolah integriti, dan calon persendirian individu, pemeriksa PBSnya akan dilantik oleh MPM. MPM juga menyediakan Manual Guru dan Manual Pelajar bagi setiap mata pelajaran untuk memberi panduan dan rujukan kepada semua yang terlibat dalam pengendalian PBS demi jaminan kualitinya. PEPERIKSAAN Peperiksaan akhir berpusat akan ditadbirkan pada hujung setiap penggal. Kertas peperiksaan akan disediakan dan dibekalkan oleh MPM dan pemeriksaan skrip jawapan akan dijalankan oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM seperti amalan sekarang. PENGGREDAN Sistem penggredan dalam sistem pentaksiran baharu STPM adalah sama dengan sistem STPM sedia ada. Skor (peringkat kertas peperiksaan atau komponen mata pelajaran) yang diperoleh oleh pelajar dalam setiap penggal akan dijumlahkan untuk menentukan gred keseluruhan mata pelajaran. Tiada prasyarat kelulusan gred minimum dalam sesuatu penggal untuk melayakkan pelajar mengikuti pengajian pada penggal yang berikutnya. |
|
|
|
Subscribe to:
Posts (Atom)